JEEA2309 CERPEN MELAYU

Tokoh Usman Awang

USMAN AWANG


BIODATA

Kuala Sedili di negeri Johor

Kampung halaman kaum nelayan

Hatiku sedih belum terhibur

Mengenang kekasih jauh di perantauan.


Kuala Sedili sayang

Bertentang jauh negeri Sarawak

Hatiku sedih jiwaku merana

Hatiku yang rindu mana nak bawa?

 

Demikianlah seni kata lagu “Kuala Sedili” yang didendangkan oleh suara lemak merdu Biduanita Saloma dalam alunan irama asli yang menggetarkan perasaan. Terbayanglah di mata, pantai yang terhampar menghadap laut terbuka dengan angin yang menampar layar perahu nelayan dan lambaian daun-daun kelapa yang menaungi rumah-rumah kecil. Seperti kata lagu itu, Kuala Sedili di negeri Johor ialah tempat nelayan berkampung halaman, dan salah sebuah kampung di kawasan itu dikenali sebagai Kampung Tanjung Lembu.

Usman bin Awang, merupakan seorang Dato; Pejuang Sastera, Sasterawan Negara, Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, Tongkat Warrant, dan sebagai U.A, Zaini.

Beliau lahir pada 12 Julai 1929 di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. Alamat tempat tinggal beliau iaitu 4,SS 1/33, Kampung Tunku, 47400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Usman Awang sebagai seorang tokoh dalam kesusasteraan  Melayu moden, khususnya sajak dan drama amat banyak diperkatakan. Kerana itu nama Usman Awang paling terkenal dalam kalangan pengkaji dan peminat sastera Melayu pada pelbagai peringkat dan golongan. Kejayaannya mempertahankan dirinya sebagai seorang penyair dan budayawan yang terus kreatif memberikan semacam keteguhan terhadap tradisi baharu sastera kita.

Beliau adalah seorang penyair yang tidak pernah pudar dan sentiasa dapat menyesuaikan dirinya dalam pelbagai zaman dan situasi. Pendidikan yang diterima oleh Usman Awang hanya setakat sekolah Melayu sahaja. Situasi dan keluarganya yang miskin tidak membolehkan beliau untuk meneruskan pendidikannya. Beliau disekolahkan di Kuala Sedili (1936), Mersing (1937), dan Bandar Maharani Muar (1940) hingga lulus darjah VI.

Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942, Usman Awang menjadi petani di Segamat. Tidak lama kemudian, beliau menjadi buruh paksa Jepun dan selama enam bulan di Singapura, beliau berjaya melepaskan diri dan pulang ke Segamat. Usman Awang pernah menjadi ‘budak pejabat’ di Pejabat tali Air Segamat dalam zaman Jepun dan kemudiannya memasuki Pasukan Polis jepun (Botai), tetapi selepas beberapa minggu menjalani latihan, Jepun menyerah kalah.

Usman Awang menjadi anggota polis bila Inggeris kembali memerintah Tanah Melayu pada Tahun 1946. Beliau menjalani latihan di Johor Bahru sebelum menjalankan tugasnya di Melaka. Pada tahun 1951, beliau meletakkan jawatannya sebagai anggota polis dan berhijrah ke Singapura bersama-sama Jamil Sulung. Di Singapura, Usman diterima bekerja sebagai pembaca pruf dengan Melayu Raya selama enam bulan, kemudian menjadi pemberita sebelum menjadi sidang pengarang Mingguan Melayu.

Pada tahun 1952, Usman Awang ditawarkan bekerja dengan Utusan Melayu, mula-mula sebagai sidang pengarang akhbar Utusan Kanak-kanak, kemudian diangkat menjadi pengarang akhbar Utusan Zaman dan majalah Mastika. Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, Utusan Melayu berpindah ke Kuala Lumpur, dan Usman Awang turut serta dengan memegang jawatan yang sama. Akibat peristiwa pemogokan Utusan Melayu dalam tahun 1961, Usman berhenti dari Utusan Melayu dan terpaksa menganggur buat beberapa waktu.

Pada tahun 1962, Usman diterima bekerja dengan Penerbitan Federal dan setahun kemudian berkhidmat pula dengan Dewan bahasa dan Pustaka, mula-mula sebagai sidang pengarang Dewan Bahasa, dan kemudian pengarang Dewan Masyarakat, Dewan Sastera, dan Dewan Budaya. Jawatan beliau di Dewan Bahasa dan Pustaka ialah sebagai Pegawai Penyelidik Kanan, Bahagian Pembinaan, dan Pengembangan Sastera. Mulai Mei 1982, beliau menjadi Ketua Bahagian ini sehingga bersara pada bulan Julai 1985.

Usman Awang mula membentuk namanya dalam dunia kesusasteraan Melayu moden dengan menulis puisi. Puisi-puisinya segar, kukuh serta akrab dengan akar budi Melayu dan perikemanusiaan. Beberapa buah puisinya menjadi bahan yang amat menarik bukan sahaja dalam kalangan masyarakat kebanyakan yang cintakan puisinya, malah menjadi pilihan pelajar-pelajar sekolah dalam sebarang upacara mendeklamasi puisi. Antara puisinya yang cukup popular termasuklah “Bunga Popi”, “Gadis di Kuburan”, “Pak Utih”, “Ke Makam Bonda”, “Nasib Buruh”, dan “Salam Benua”.

Usman adalah antara penyair Melayu yang berhasil mengekalkan semangat dan harmoni pantun dalam puisi-puisinya walaupun dengan melonggarkan beberapa ikatan yang konvensional. Beliau menggunakan kata-kata biasa dala, penulisannya dan pintar menjalin kata-kata itu hingga menjadi begitu indah dan berkesan tanpa melemahkan makna yang hendak di sampaikan. Inilah antara keistimewaan Usman Awang.

Ketokohan Usman Awang menonjol kerana perwatakan peribadinya yang lemah lembut dan mesra, dan simpatinya terhadap golongan bawahan yang miskin dan manusia yang malang sehingga kadang-kadang Usman ditafsirkan sebagai seorang seniman yang berjiwa rakyat dan berfahaman sosialis. Usman Awang juga menulis cerpen tetapi bidang ini nampaknya sudah lama ditinggalkannya sejak akhir tahun 1960-an lagi. Cerpen yang banyak dihasilkan dalam tahun-tahun 1950-an dan 1960-an lebih banyak memperlihatkan sikap dan pegangannya yang lebih ketara terhadap konsep “Seni untuk Masyarakat” yang didukungnya sebagai anggota ASAS 50. Maka itu apa yang terlihat dalam cerpen-cerpennya hanyalah berupa rakaman pengalaman, pergaulan, dan pemerhatian serta pemikiran untuk mendedahkan segala kejelikan dan keburukan serta kepincangan hidup dalam masyarakat Melayu khususnya. Dalam pada itu, beliau tidak juga terlepas daripada memperlihatkan pandangan seorang anak muda yang berjiwa romantis dan idealis. Degup jantung adalah satu-satunya kumpulan cerpennya setakat ini.

Sejauh ini Usman Awang hanya berhasil menerbitkan sebuah novel sahaja, iaitu Tulang-tulang Berserakan. Novel ini pun tidak lebih daripada rakaman peristiwa peribadi beliau sewaktu bekerja sebagai anggota polis dan bidang novel nampaknya bukanlah bidang penulisan Usman Awang.

Selain puisi, satu lagi bidang kreatif yang mengharumkan nama Usman ialah drama. Bidang ini telah diterokanya sejak awal tahun 1960-an dengan menulis drama untuk radio dan pentas. Beberapa buah dramanya yang terkenal termasuklah  “Serunai Malam”, Malam Kemerdekaan”, “Tamu di Bukit Kenny”, Matinya Seorang Pahlawan”, “Degup Jantungnya” dan sebuah dramanya yang banyak diperkatakan ialah drama “Muzika Uda dan Dara”. Drama ini telah dipentaskan oleh Gemaseni pada tahun 1972. Kisah “Uda dan Dara ini sebenarnya merupakan idea awal daripada sebuah puisi Usman Awang yang dihasilkannya dalam tahun 1956 berjudul “Gadis di Kuburan”. Puisi tersebut diolah semula menjadi sebuah cerpen dengan judul “Uda dan Dara. Pada tahun 1972, kisah yang sama disesuaikan pula untuk persembahan TV dan akhirnya menjadi sebuah drama pentas yang popular dan lagu-lagu dalam “Muzika Uda dan Dara” telah dirakamkan ke piring hitam oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.

Dalam kegiatan dan organisasi penulis tanah air, sumbangan dan penyertaan Usman Awang amat dirasakan. Beliau banyak terlibat secara aktif dalam banyak aktiviti penulis. Beliau bukan saja hidup sebagai pencipta karya yang asli dan halus, malah sebagai penggerak yang berani kepada ramai penulis muda. Sejak tahun 1950-an, beliau merupakan salah seorang pengasas Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM), Setiausaha ASAS 50 di Singapura dan Ketua PENA yang pertama (1962 – 1965). Beliau juga adalah salah seorang yang mengambil daya inisiatif untuk mengadakan Hari Puisi, Cempaka Berbunga, Malam Gema Puisi, dan Genta Rasa di  Panggung Anniversary, Manifestasi Dua Seni dan banyak lagi aktiviti seni lainnya. Antologi puisi “Keranda 152” dan “Teluk Gong” adalah hasil daya usaha Usman Awang bersama-sama penyair-penyair lain.

Sebagai penyair dan dramatis, Usman Awang pernah diundang melawat Amerika Syarikat, Indonesia, Filipina, dan Rusia. Beberapa buah karyanya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Cina,Jepun, Korea, Perancis, Thai, Czechoslovakia, Danish, Tamil, Itali, dan Rusia. Barangkali beliau adalah penyair Malaysia yang paling banyak puisinya diterjemahkan ke dalam bahasa asing dan dikenali di luar negaranya. Usman Awang masih terus memainkan peranannya dalam kesusasteraan Melayu. Beliau masih menulis. Beliau telah dilantik sebagai salah seorang anggota Panel Hadiah Karya Sastera dan juga telah dianugerahkan gelaran “Pejuang Sastera” oleh Perdana Menteri pada 29 Mei 1976. Anugerah ini berupa surat penghargaan dan wang tunai  RM 10 000.00. Mulai tahun 1979, kerana ketokohan, pengalaman dan dedikasinya, beliau dilantik menjadi Setiausaha kepada Panel Anugerah Sastera, sebuah panel penilai anugerah kesusasteraan yang tinggi di Tanah air.

Dalam tahun 1982, Usman Awang telah terpilih menerima S.E.A. Write Awards. Pada 11 Ogos 1983, Usman dianugerahkan pula ijazah Doktor Kehormat (Persuratan) oleh Universiti Malaya. Usman Awang juga adalah penerima Anugerah Sastera Negara bagi tahun 1983. Akhbar Berita Harian telah menganugerahi  Usman Awang Zamalah Sastera dalam tahun 1985, iaitu untuk kategori Penulis Terkenal (Veteran). Anugerah ini bertujuan mengadakan kemudahan berkarya dan memberikan sumbangan kepada perkembangan kesusasteraan tanah air. Untuk projek ini Usman sedang menyiapkan sebuah puisi epik yang bertemakan nasionalisme.

Usman Awang telah dianugerahi gelaran kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Perak oleh DYMM Sultan Azlan Shah yang membawa gelaran Dato’ pada tahun 1991 sebagai menghargai sumbangan beliau dalam bidang sastera. Kini, beliau adalah Pengerusi Persatuan Persahabatan Malaysia China dan Penasihat Kebudayaan Maybank.

PERJALANAN HIDUP USMAN AWANG

Bak kata pepatah Melayu, “harimau mati meninggal belang, manusia mati meninggalkan nama.” Biarpun hampir sedekad Allahyarham Usman Awang pergi meninggalkan kita, namun dari lembaran karya-karya agung yang dinukilkan, kehadirannya tetap dirasai. Semasa hayatnya, beliau terkenal sebagai seorang penyair hebat dan ahli drama yang prolifik. Tongkat Warrant, Adi Jaya, Atma Jiwa, Setiabudi, antara nama pena beliau yang termasyhur. Beliau yang dimaksudkan ialah Allahyarham Dr. Dato’ Usman Awang.

Nama sebenar Allahyarham ialah Wan Osman Wan Awang, tetapi menukar namanya kepada Usman Awang. Beliau dilahirkan pada 12 Julai 1929 di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi Johor Darul Takzim. Beliau telah kehilangan ibu tersayang yang bernama Halimah sejak beliau kecil lagi. Beliau tinggal bersama ayahnya yang berkerja sebagai nelayan dan menjual rotan pada musim tengkujuh. Beliau bukanlah seorang yang berpendidikan tinggi. Beliau hanya mendapat pendidikan sehingga darjah enam Sekolah Melayu sahaja. Faktor kemiskinan tidak mengizinkan beliau mengecapi kejayaan yang lebih baik. Beliau pernah menuntut di daerah Kuala Sedili (1936), Mersing (1937) dan Bandar Mharani (1940). Pada tahun 1942, Jepun telah menduduki Malaya dan pada masa tersebut Allahyarham memerah keringat menjadi anak tani di Segamat. Selepas itu, beliau menjadi buruh paksa Jepun di Singapura selama enam bulan.

Tidak tahan menjadi buruh paksa, mendorong beliau melepaskan diri dan pulang ke Segamat. Beliau pernah menjadi ‘budak pejabat’ di Pejabat Tali Air Segamat. Selain daripada menjadi ‘budak pejabat’, beliau juga pernah memasuki Pasukan Polis Jepun (Botai), tetapi selepas beberapa minggu menjalani latihan, pihak Jepun telah pun menyerah kalah. Selepas itu, Usman Awang menyertai pasukan polis apabila Inggeris memerintah semula Tanah Melayu pada 1946. Beliau menjalani latihan di Johor Bharu sebelum menjalankan tugasnya di Melaka.

MELANGKAH KE DUNIA PERSURATAN MELAYU

Pada tahun 1951, beliau berhijrah ke Singapura dan bekerja sebagai pembaca pruf di Melayu Raya selama enam bulan. Beliau kemudian menjadi seorang pemberita. Sesudah itu beliau bekerja di Mingguan Melayu sebagai sidang pengarang. Pada tahun 1952, Usman Awang mendapat tawaran bekerja di Utusan Melayu sebagai sidang pengarang akhbar Utusan Kanak-Kanak. Selepas itu beliau diangkat menjadi pengarang Utusan Zaman dan majalah Mastika.

Pada tahun 1962 pula, Usman Awang bekerja di Penerbitan Federal selama lapan bulan. Kemudian beliau berkhidmat sebagai sidang pengarang di Dewan Bahasa dan Pustaka. Jawatan pertama beliau ialah sebagai sidang pengarang untuk majalah Dewan Bahasa. Kemudian beliau menjadi pengarang majalah Dewan Masyarakat, Dewan Sastera, dan Dewan Budaya. Bermula pada Mei 1982, beliau menjadi Ketua Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera sehingga bersara pada bulan Julai 1985.

ANTARA KARYA HEBAT

Usman Awang mula mencipta nama dalam dunia persuratan Melayu moden dengan penulisan sajak. Sajak-sajaknya sentiasa segar, kukuh serta akrab dengan akar budi Melayu dan perikemanusiaan. Lantaran keistimewaan yang ada dalam sajaknya yang menarik, karya-karya beliau sering kali menjadi pilihan anak-anak sekolah dan masyarakat awam dalam sebarang upacara mendeklamasi sajak. Antara sajak beliau yang cukup popular ialah Pak Utih, Ke Makam Bonda, Nasib Buruh, Bunga Popi, Gadis Di Kuburan, dan Salam Benua. Manakala novel penulisannya yang masyhur sehingga kini ialah Tulang-tulang Berserakan. Begitu juga dengan cerpennya yang hebat seperti Untuk Malaya Merdeka, Turunnya Sebuah Bendera, Kami Yang Terlibat dan sebagainya. Di samping itu, drama beliau yang bertajuk Muzika Uda dan Dara, Degup Jantung, Malam Kemerdekaan, Tamu Di Bukit Kenny, Matinya Seorang Pahlawan – Jebat, Serunai Malam turut dipentaskan.


KARYA USMAN AWANG

Usman Awang menghasilkan karya seperti puisi, cerpen, novel, drama, esei/ kritikan dan wawancara. Contoh puisi yang telah dihasilkan beliau ialah:

PUISI

§ Gelombang, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1961, 96 hlm.             Diterbitkan semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979.

§ Puisi Baru Melayu 1942- 1960 (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1961, 266 hlm.

§ Duri dan Api, Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1966, 95 hlm.

§ Himpunan Sajak (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1969, 139 hlm.

§ Sajak-sajak Melayu Baru/ Moden Malay Verse 1946-1961 (dwibahasa) (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1969 (cetakan keempat), 135 hlm, (cetakan pertama 1963).

§ Suara Tujuh (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbitan Setia murni, 1969, 74 hlm ,GAPENA,1975, 57 hlm.

§ Titian Zaman (Peny. Bersama Ismail Ahmad), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 1979, 168 hlm.

§ Puisi-puisi Nusantara (antologi bersama), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979,168 hlm.

§ Tinta Pena (antologi bersama), Kuala Lumpur: PENA, 1981, 631 hlm.

§ Salam Benua: Greetings to the Continent (dwibahasa), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982, 95 hlm.

§ Lagu kehidupan (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1983, 302 hlm.

§ Bintang Mergerdip (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 75 hlm.

§ 100 Sajak Malaysia (antologi bersama), Kuala Lumpur: Tra-Tra Publishing &Trading Sdn. Bhd, 1984,141 hlm.

§ Bunga Gerimis (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1986, 132 hlm.

§ Puisirama Merdeka (antologi bersama), Kuala Lumpur:PENA, 1986,141 hlm.

§ Kumpulan Puisi Malaysia/Malaysian Poetry 1975-1985 (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988,167 hlm.

§ Puisi Baharu Melayu 1961-1986 (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, 941 hlm.

§ Malaysia dalam Puisi (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991,316 hlm.

§ Puisi-puisi pilihan Usman Awang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, 192 hlm.

§ Cempaka(antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 1992, 167 hlm.

§ Suara Rasa (Voice From Within) (antologi bersama), Kuala Lumpur: Maybank, 1993,228 hlm.

Antara puisi-puisi pilihan yang terkenal Usman Awang ialah merupakan puisi yang dipetik daripada dua buah antologinya iaitu Duri dan Api dan puisi-puisi pilihan. Daripada antologi Duri dan Api, dipetik puisi-puisi “kelopak Rasa”, “Kemanusiaan”, Ayah Belum Pulang”, “Mahasiswa”, dan “Pemuda dan Gadis Tionghoa”.

KELOPAK RASA

Jika rasa ini seperti angin malam

Bertiup dari laut dan gunung

Melampaui tanah-tanah subur ladang menghijau

Hati ini akan menghembuskan bahagian yang melimpah

Bergetar bagai riak di tasik hati bulan cerah

Kepada setiap benda supaya semua sama mencecah.

Ambillah sebahagian dari rasa itu, terimalah

Seperti hati yang mengerdip terserlah

Keringkanlah air matamu, setitis jangan tumpah

Biar kolam derita kering dan tak seorang pun

Meski pengemis di bawah jambatan dan lorong.

Dari sekuntum bibir dan sepasang mata hitam

Bertunjang erti rasa: pedih-luka bahagia-ria

Itulah alam hati yang menumbuhkan pohon rasa

Kelopak demi kelopak menjelma meniti musimnya.

Bahagia, anugerah keramat, alangkah manisnya pagi ini

Datang mendakapku dan biarlah ia selamanya menyanyi

Pada setiap bibir dan hati

Dengan megahnya mengukir kehalusan rasa.                             1964


KEMANUSIAAN

(Kematian Kennedy)

Segala daun dan angin menyapa menoleh hanya

Bersama kain-kain yang berkibar di tengah-tengah tiang

Kerana mereka tidak bergetar oleh berita-berita besar

Atas kehendak yang telah berlaku dan manusia segala

Terpaku

Telah mereka saksikan sejak cair merah tumpah

Putera Adam membunuh-bunuh dalam pertarungan

Menang-kalah

Dan kematian demi kematian dinyanyikan di mana-mana

Dan dilanjutkan sehingga segala tanah jadi pusara.

Beberapa titisan air mata untuk seorang yang pergi

Sebelum keranda bertolak untuk nanti di tambah lagi

Disbanding dengan hebatnya air terjun di Niagara

Air mata putera-putera tercinta dan gadis-gadis

menunggu di muka jendela

bersama kerutan pahit para ibu yang pernah menyusui

mendengar berita kematian ngeri dari daerah

peperangan?

Jika kita menyesali kematian atas seseorang

Dan hati tidak berdenyut untuk kematian yang lain

Maka kemanusiaan tidak wujud di mahkota kebenaran

Sebab bukan kemanusiaan bila ia ada perbatasan.

Dan sekarang tiap kota menangis dan mengucap kata

Kerana wajahnya kemanusiaan itu berdenyut dan terasa

Tapi tak seorang pun akan menangis untuk pembunuhan

Yang bakal tiba

Atau akan berkata:mari kita padamkan segala api sengketa.

Siapa yang merasa dan kehilangan sayangnya,

Menangislah

Dunia telah didandankan: kehidupan adalah kematian

Yang berdarah                                                                                  1963

AYAH BELUM PULANG

(Kisah Setelah Mogok)

Anak-anak menanti ayahnya kembali

Ah, berkocak dadanya dalam janji

Sekotak ais krim dari ayah

Mana ayah? Anak masih menanti.

Betapa ayah tak pulang-pulang

Penjual ais krim berkali ulang

Nanti nak, ayah di perjalanan

Tapi berapa lama menanti

Ayah masih tak tiba lagi.

Pulanglah ayah wajahnya basah

Tangan si anak panjang menadah

Tapi, anak saying, saksikanlah

Ayah tak punya rokok sebatang

Janji jadi tangis maha pedih

Nantilah, anak sayang, jika pak cikmu datang

Mungkin dia membawa sekotak ais krim.

Tapi berbulan pak cik tak pernah datang

Ayah masih jua mencari pekerjaan.                                           1961

MAHASISWA

(Dari Khemah Permogokan)

Mahasiswa dari kota tanah air

Bangunlah!

Angkat matamu dan buku

Lampaui dinding lampaui tembok

Semua menunggu

Mengajakmu

Bersama ke tengah jalan raya kota.

Lihat betapa temanmu telah berdiri di sini

Sebaris dengan kami

Para buruh dan petani di jalan sungai besi

Sederap belajar dari hidup berani.

Lepaskan tangan halus kekasih di tasik

Atau bersama berjalan ke parlimen

Kerana tenagamu dengan ilmu di dada

Akan merombak  erti hidup sebuah Negara. 1961

PEMUDA DAN GADIS TIONGHOA

(Kong Hee Fatt Choy buat Lim, Goh dan Linda)

Hari depan yang manis dalam usia tanah air

Mengisi wajah para pemuda dan gadis Tionghoa

Sederap tumbuh bersama pohon bumi subur

Pucuk getah dan ladang petani matari timur.

Pada tangis pertama kelahiranmu di bumi ini

Sampai saat terakhir nafas dalam melangkah kaki

Teguh-teguhlah menyanyikan lagu tanah air tercinta

Bersama kita atas kesegaran kepedihan bumi merdeka.

Bukankah kecurigaan telah terbunuh ketika kita bersapa

Hidup ini sudah terbenam pada persamaan nasib semata

Kaum pekerja dan petani dalam satu sumber mengalir

Sama-sama menyanyikan lagu terbagus untuk tanah air.

Pemuda dan gadis Tionghoa, disini bumi dan udara kita

Yang menghidupkan dan bagi kematian, o tanah air

Dengan kepastian tidak seorang pun akan mungkir

Kerana kejujuran tertambat pada kesetiaan mengalir.

Lihatlah makam nenek moyang sebagai sejarah terpahat

Darahnya dalam darahmu segar di kulit kuning langsat

Esok, ketika tahun baru akan kukirimkan sebuah angpau

Dalamnya sebuah cinta dari jantung tanah dan pulau!                   1961

CERPEN

· Cerita-cerita Pendek DBP (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1958, 180 hlm.

· Mekar dan Segar (antologi bersama), Kuala Lumpur: Oxford University Press. 1960 (cetakan kedua), 160 hlm, (cetakan pertama 1959).

· Dua Zaman (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1963, 191 hlm.

· Degup Jantung, Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru, 1963, 158 hlm.

· Menunggu Ratu Adil (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbitan Adabi Sdn. Bhd, 1984, 218 hlm.

· Dongeng Merdeka (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1985, 339 hlm.

Usman Awang banyak menghasilkan cerpen pada sekitar tahun 1949-1962 dan sebahagian telah dimuatkan dalam antologi Degup Jantung. Contoh  cerpen yang popular ialah “Surat daripada Seorang Mata-mata”, “Pilihan Raya”, “Budi”, “Matinya Seorang Perempuan”, “Haslina”, serta “Kacang dan Kulitnya”. Contoh petikan daripada cerpen tersebut ialah:

SURAT DARIPADA SEORANG MATA-MATA

Dari mata si pengirim di luarlah itu tahulah aku bahawa datangnya dari Ahmad sahabatku yang bekerja mata-mata di utara Malaysia.

… Nasib aku dan rakan-rakan yang lain sudah berada di jurang yang dalam. Kau tahu sendiri berapa pendapatan dari jawatan yang ku pegang ini, setiap cukup bulan kau akan melihat kami semua bermenung dan berfikir dengan sebal, bagaimanakah caranya segala hutang yang mengikat di sekeliling pinggang kami di bayar. Terutamanya aku kasihan benar melihat beberapa orang yang telah tua, tetapi berpangkat mata-mata biasa, yang mempunyai isteri dan beberapa orang anak yang semua itu perlu diselenggarakan tentang pelajaran, makanan, dan pakaian mereka.

Sering kali aku melihat mereka itu ke pajak gadai, meletakkan barang yang semayam dua, saki-baki daripada perhiasan isterinya, untuk menolak kekurangan itu.

(hlm. 45-46)\

PILIHAN RAYA

Kalau tuan-tuan memilih saya, tuan-tuan akan dapat apa-apa yang tuan-uan kehendaki. Saya akan melawan dan membela nasib tuan-tuan dan anak isteri tuan. Kalau tuan-tuan ingin supaya rumah tuan-tuan dimasuki paip air dan api elektrik hendaklah tuan-tuan pilih saya sabagai wakil tuan-tuan di majlis-majlis mesyuarat bandaran. Saya akan menyampaikan segala maksud dan keinginan tuan-tuan sekalian.

Tuan-tuan harus bersatu memilih saya sebagai wakil tuan-tuan yang jujur, yang bertimbang rasa dan yang  perjuangkan  nasib tuan-tuan yang  sekarang mendiami bilik sempit dan, dengan keadaan longkang-longkang kotor, jalan tak baik, sehingga selalu mendatangkan penyakit, akan berasa lapang dan senang dan mendapat tempat yang bagus bila tuan-tuan memilih saya sebagai wakil tuan-tuan yang amanah dan jujur…

(hlm 58)

BUDI

Mula pertama perasaan saya kosong.

Tak tahu apa yang saya fikirkan. Dan kemudian perlahan-lahan datanglah perasaan dendam dan kecewa serta entah perasaan apa lagi yang sungguh sebak di dada saya.

Selesai lagu ditarikan penari-penarinya bubar. Pandangan saya mengikuti ke mana Hamidun pergi. Ia rupanya duduk betul-betul di sebelah meja saya. Hanya untungnya antara kami ada sebuah tiang yang agak melindungkan kami.

Kawan saya duduk seperti biasa. Tetapi perhatian dan telinga saya mengikuti dan mendengarkan segala percakapan di meja Hamidun. Ia bertiga semuanya. Mereka seperti orang-orang  yang  berada dan di atas meja ada dua botol bir. Saya lihat Hamidun meneguk gelasnya. Dan saya tahu bahawa wang sayalah yang diteguknya itu.

(hlm. 124)

MATINYA SEORANG PEREMPUAN

Tiba-tiba, ya, dengan  tiba-tiba saja, seperti timbul dari perut bumi layaknya, minah muncul semula. Ia muncul dalam keadaan dan cara yang lain, seolah-olah waktu yang sekian lama ini ia sedang dalam pembentukan, dalam acuan untuk mengubah dirinya dan sifat tabiatnya. Ia muncul dengan tenaga yang lebih banyak dan besar, seolah-olah selama ini ia mengumpulkan segenap tenaganya untuk menghadapi orang-orang dalam masyarakatnya, seolah-olah ia ingin menjeritkan kepada orang-orang di sekelilingnya bahawa ia mencintai hidup dan kebenaran dan ia akan berjuang untuk itu, bukan juga dengan mulutnya saja, bukan dengan sifatnya dan alat tubuhnya sebagai perempuan, tetapi dengan segenap jiwa dan urat darahnya yang ada, yang tinggal sebagai sisa dari hirupan ayahnya, mama Ali dan beberapa leleki lain yang semuanya disegani oleh orang sekampung baik kerana wang mahupun kerana kedudukannya.

(hlm. 110-11)

HASLINA

Kalau ingin bertemu dengan Haslina, datanglah ke kolam itu di waktu bulan purnama raya. Kadang-kadang dia menyanyi kecil meskipun perlahan-lahan seolah-olah untuk dirinya sendiri tapi angin yang baik budi itu menolong membawakan saranya ke sekitarnya. Angin yang baik budi itu menolong juga melenggok-lenggokkan bunga teratai kesayangannya. Juga daun-daun kayu yang tumbuh di sekitar kolamnya.

(hlm. 77)

KACANG DAN KULITNYA

Tetapi seminggu sesudah itu, perempuan yang malang itu menerima sebuah register yang di dalamnya berisi wang dan juga surat cerai daripaad Encik Shukur. Barangkali kalau diberitakan suaminya dilanggar motokar atau di tangkap tidaklah akan demikian mengejutkan dibandingkan dengan surat cerai talak satu yang diterimanya daripada suaminya.

Hampir pengsan dia, tetapi digagahi juga membaca surat yang dilampirkan yang walaupun lembut dan penuh permintaan maaf tetapi seolah-olah di rasakan sebagai sebuah pisau tajam yang menghiris-hiris dagingnya.

NOVEL

v Tulang-tulang berserakan, Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru, 1966,224 hlm. (Edisi Khas Sasterawan Negara), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, 221 hlm.

Buat teman-temanku yang dikasihi

gelakmu hangus di hutan malam

tinggallah sedu di bilik ibu

(lihat tugu “indah” mu tegak berdiri

yang di pahat oleh tangan asing

seperti mengalirnya darahmu untuk orang lain).

Buat mereka yang tak pernah disapa

atas keberanian dan keyakinan

yang tak terkalahkan

dengan sedar menerima segala derita.

Inilah kisah di bumi Tuhan

kita dan mereka bersama-sama

menggali lalu menimbuni rangka

dari tulang-tulang berserakan…

  • PENDAHULUAN

Sajak “Tulang-tulang Berserakan” ini  ditulis oleh Usman Awang pada tahun 1962. Novel ini di cipta di Petaling Jaya pada 19 Februari 1962. Menghayati kedua-dua genre genre ini, segera mengimbau ingatan pada beberapa buah karya genre cerpen Usman Awang atau Tongkat Warrant seperti “Surat dari Seorang Mata-mata” (Utusan Zaman,22 Oktober 1950), “Setelah 1948” (Mastika, Disember 1955), “Dari Johor Bahru ke Kota Tinggi” (Mastika, Julai 1956), “Kami yang Terlibat” (Cerita-cerita Pendek DBP, 1958) dan “Koperal Tua” (Berita Harian,1962).

  • CERITA TENTANG DARURAT

Kesemua karya Usman Awang ini (sebenarnya ada beberapa lagi) merakamkan realiti hasil pelbagai peristiwa yang wujud atau tercetus dalam zaman darurat. Sejak tahun 1948 lagi. Ia merupakan suatu rakaman nostalgia pengarang sewaktu bertugas sebagai polis hutan setelah tamat latihan selama Sembilan bulan di Johor Bahru. Rakaman nostalgia mirip memoir ini ialah ilustrasi realiti yang pengarang alami atau terlibat secara langsung, terutama pada tahap awal Undang-undang Darurat mencengkam kehidupan rakyat Tanah Melayu.

Karya daripada genre cerpen ini, terutamanya “Kami yang Terlibat” dapat di kategorikan sebagai karya prototaip pada novel Tulang-tulang Berserakan. Usman Awang memaparkan peristiwa-peristiwa cemas, ngeri, dan dahsyat yang dilaluinya dan dialami oleh warga sezaman, sama ada di pihak polis hutan, penjajah Inggeris dan orang-orang komunis yang sentiasa diburu dan disyaki kegiatan mereka.

Paparan pengalaman-pengalaman yang bersumberkan bahan realiti seperti ini dimanfaatkan dengan baik dan tepu signifikannya oleh Usman Awang seperti yang pernah dilaksanakan oleh Arena Wati dengan dunia lautnya sebagai kelasi atau pelayar, ataupun oleh A.Samad Said dengan insan pinggira yang menjadi mangsa Perang Dunia Kedua, tetapi harus survival bagi menentukan kelangsungan hidup di jagatraya.

Daripada satu hakikat, memang tidak banyak cerita tentang darurat yang diketengahkan oleh pengarang-pengarang di tanah air. Selain karya Usman Awang ini, terdapat tiga buah karya novel tentang darurat dan agak signifikan, iaitu Tugu oleh Hasan Ali, Bukit Kepong oleh Ismail Johari dan Panglima Salleh Selempang Merah karya Zaharah Nawawi. Walaubagaimanapun, novel Tulang-tulang Berserakan ini tepu dengan kesederhanaan dalam penceritaannya, dan dimantapkan pula dengan keunikan gaya bahasa pengarang yang lembut, halus, dan kesopanan yang wajar, melambangkan budaya Melayu yang luhur.

Pada keseluruhan ceritanya berkembang secara kronologi dengan sisipan-sisipan kilas balik bagi memungkinkan menyerlahnya ilustrasi peristiwa-peristiwa sekadarnya. Ilustrasi kilas balik ini ialah mimesis kepada masyarakat atau bahagian daripada kehidupan masyarakat mata-mata atau polis hutan (jungle squad) pada zaman darurat.

Gambaran-gambaran itu, ialah kehidupan anak-anak muda atau bujang di berek polis, bersantai atau menari joget di City Park, mengurat dan bergaduh di pentas joget, rondaan di jalan-jalan Bandar Melaka, menggeledah rumah pada lewat malam bagi memberkas anggota-anggota yang bersekongkol atau disyaki membantu komunis dan atau pejuang parti politik kiri, mengepung pekebun-pekebun sayur dan memburu anggota Bintang Tiga yang bergerak di hutan Kemendor, Macap di daerah Jasin dan Alor Gajah.

Segala-galanya itu dihantar dengan gaya amat bersahaja, cukup sederhana, secara realistik, dan ia dimanfaatkan dengan wahana bahasa yang lembut, halus dan kesopanan yang wajar, tetapi tikaman kritikan terhadap individu tertentu seperti Smith, pengurus lading, anak isteri keturunan Inggeris ternyata sinis dan menyirat motif benci dan protes terhadap kehadiran penjajah di tanah air ini.

Malah, sewaktu membicarakan nasib teman-teman seperjuangan yang gugur dalam operasi memburu pengganas komunis seperti jalil, Wak Stop, Mahmud, dan Mamat, watak Leman, umpamanya semacam keliru dan kemudiannya bunga bangsa, pejuang atau pembela tanah air. Atau mereka diperalatkan oleh penjajah demi kepentingan penjajah itu sendiri. Persoalan ini terjawab setelah Leman merenung kehidupannya secara rinci, hidup menentang maut, terjepit antara kepentingan-keyakinan orang lain lalu hasil keprihatinannya-tentunya dengan dukungan Cikgu Alimin, yang daripadanya dia memperoleh banyak bahan bacaan-Leman meninggalkan profesion polis hutan untuk terus tidak memburu orang-orang yang tidak pernah dikenalinya (hlm. 221).

  • EMOSI KEINSANAN

Dalam usaha dan upaya pengarang melontarkan kritikan sosialnya dan menyerlahkan rasa keinsanan yang tinggi tanpa mengira status seseorang itu, Usman Awang memanfaatkan langgam pencerita orang ketiga serba tahu bagi memungkinkan penceritaannya menyorot setiap watak yang relevan tanpa mengambil kira sama ada watak-watak itu protagonist ataupun antagonis. Disini kita dapat melihat secara tegas dan jelas sikap, pendirian, dan peribadi penceritaannya yang memang tidak senang dengan perlakuan ganas, kejam dan dendam. Emosi keinsanan ini tergambar  jelas melalui Tulang-tulang Berserakan tanpa batas, malah merentasi etnik, kepercayaan ideology, agama dan profesion. Ia semacam tiada pemberatan sama sekali, dan yang ketara ialah rasa kemanusiaan yang universal.

Sebagai pengarang yang ikut aktif dalam Angkatan Sasterawan ’50 (Asas ’50) sejak bertugas dengan akhbar, di Singapura, terbukti Usman Awang dengan tegas meperjuangkan konsep “Seni untuk Masyarakat” walaupun novel ini terhasil lebih sedekad kemudiannya. Hal ini dapat dikira wajar justeru pengarang sendiri ialah anggota masyarakat pada era itu sendiri. Malah, pengarang terlibat sama memberikan jalur warna yang di yakini sesuai dengan situasi dan kondisi zamannya.

Kebesahajaannya dalam bercerita, sekali-sekala diperteguhkan dengan teknik saspens yang agak tinggi aras debarannya, terutama sewaktu menggambarkan suasana di hospital, apabila Leman dan Ainon ke wad untuk melihat Mahmud yang cedera parah selepas kemalangan jalan raya. Sementara pemanfaatan teknik aliran kesedaran bagi menggambarkan kegoncangan jiwa Leman, begitu menyerlah sewaktu Leman mengingat segala-galanya melalui mimpi. (hlm. 219-20).

  • KESIMPULAN

Sehingga ke akhir abad ini, dan kini berada pada alaf baru, Tulang-tulang Berserakan merupakan satu-satunya genre novel Usman Awang, di samping ratusan puisi dan cerpen serta puluhan dramanya. Meneliti karya-karyanya, akan dapat kita telusuri keyakinannya memperjuangkan hak dan rasa kemanusiaan tanpa silu dan tegas. Malah, menghayati kembali novel ini, terutama bagi individu yang sempat hidup sejak zaman pramerdeka, mengalami serba sedikit ragam kehidupan pada zaman perintah berkurung, berada dalam pagar kawat berduri atau berusaha menelusuri lajur sejarah zaman darurat, ia merupakan suatu nostalgia yang boleh mengimbau kembali pelbagai peristiwa suka, sedih, geram, lucu yang membawa pelbagai makna. Tafsiran dan sekali gus sebagai suatu iktibar. Di samping itulah reality, suatu hakikat sejarah yang mungkin tidak muncul lagi dalam bentuk yang sama, tetapi tidak mustahil ia tampil dengan wajah baru, sesuai dengan transformasi dalam era global dan teknologi canggih.

Tulang-tulang Berserakan kini ialah bahagian daripada dokumentasi sejarah yang di tampilkan dalam genre kreatif, namun ia bukanlah cereka tanpa makna sama sekali. Ia merupakan asset bangsa kita juga.

Dewan sastera, Januari 2000

DRAMA

Ø Dari Bintang ke bintang, Kuala Lumpur: Penerbitan Angkatan Baru, 1965, 163 hlm.

Ø Serunai Malam, Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1996, 106 hlm.

Ø Tamu di Bukit Kenny, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1968, 133 hlm.

Ø Di Bawah Matahari, Kluang: Pustaka Pendidikan Sdn. Bhd, 1969, 58 hlm.

Ø Tirai Zaman, Kluang: Pustaka Pendidikan Sdn. Bhd, 1969, 58 hlm.

Ø Kaki Langit, Kuala Lumpur: Asiah Enterprise, 1971, 112 hlm.

Ø Muzika Uda dan Dara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1976, 64 hlm.

Ø Tinta Pena (antologi bersama), Kuala Lumpur: PENA, 1981, 631 hlm.

Ø Di atas Pentas (antologi bersama), Kuala Lumpur: Tra-Tra Publishing & Trading Sdn. Bhd, 1984,209 hlm.

Ø Hujan Malam (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar BAkti Sdn. Bhd, 1986, 109 hlm.

Ø Drama-drama Pilihan Usman Awang (Edisi Khas Sasterawan Negara), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, 331 hlm.

Drama Usman Awang sering dipentaskan dan mendapat sambutan khalayak. Dalam sejarah perkembangan drama Melayu, Usman telah menyumbangkan sebanyak 22 buah drama. Walaubagaimanapun, tiga buah dramanya diangkat paling Berjaya dan menjadi sebutan para pencipta dan peminat drama tanah air. Drama-drama itu ialah “Tamu di Bukit Kenny”, “Matinya Seorang Pahlawan”, dan “Uda dan Dara”.

TAMU DI BUKIT KENNY

Pegawai   : Awak ingat saya di pejabat duduk goyang kaki?

Cik Puan : Yalah, selalunya awak tak begini.

Pegawai   : Saya bawa kereta sendiri. Macam nak mati. Jalan raya di Kuala                       Lumpur sekarang ini macam hutan Pahang (ketawa sinis). Entah-entah hutan Pahang lebih baik lagi.

Cik Puan : Mamat mana?

Pegawai   : Mamat? Hah, pasal itulah saya bawa kereta sendiri. Manusia di jalan raya ibu kota itu dah hilang kemanusiaannya. Semua nak dulu tak kira nyawa orang lain.

Cik Puan  : Mamat dah berhenti?

Pegawai    : Dia minta balik. Awak tau, hari inilah saya dimaki orang. Kurang ajar betul drebar itu. Saya dimakinya, awak fikirlah, saya kena maki.

Cik Puan : Awak bawa kereta tak betul.

Pegawai   : Eh, nak betul macam mana lagi. Pasal saya bawa kereta dengan betul, ikut aturan itulah saya kena maki. Sekarang ini sikap orang dah terbalik. Orang marah kalau kita ikut aturan.

Cik Puan  : Baru sekali bawa kereta dah macam-macam fikiran awak. Orang lain, hari-hari, pagi petang, siang malam bawa kereta di Kuala Lumpur ini. Tak bising.

Pegawai   : Pasal mereka dah biasa. Biasa langgar aturan. Potong dan langgar saja, tak peduli nyawa orang lain.

Cik Puan : Kenapa Mamat minta balik?

Pegawai   : Salah dia sendiri. Buat rumah kilat, nak kena roboh. Itulah dia minta balik nak tengok rumahnya.

Cik Puan : Rumahnya kena roboh?

Pegawai   : Rumah haram, tentulah. Dia pun tak nak ikut aturan.

Cik Puan : Eh awak ni asyik dengan aturan-aturan saja sekarang, kenapa?

Pegawai   : Sekarang ini banyak benda aturan yang tidak ada aturan. Pagi tadi saya dah lecture panjang pada pegawai-pegawai pejabat saya. Biar mereka tahu aturan sikit.

Cik Puan : Awak pasal lecture pada orang….

Pegawai   : Saya bertanggungjawab pada kelancaran jabatan saya. Masa kerja di pejabat, kerja betul-betul. Kita hendak membangun. Kita nak mengejar kemajuan. Tapi kalau pegawai-pegawai datang lambat, membaca akhbar berjam-jam di kantin minum kopi, berjam-jam bercakap telefon, berjam-jam berbual pasal ekor…apa nak jadi dengan negeri ini?

Cik Puan : Eh, dulu awak beli tiket loteri juga. Awak suka bila mamat kena ekor dulu.

Pegawai   : Loteri itu tak salah, membantu orang susah.

Cik Puan : Tapi masa beli itu awak ingatkan hadiah duitnya, bukan fikir membantu orang.

Pegawai   : Saya dah lama balik. Penat. Marah. Mana teh saya. Takkanlah nak meminta teh di rumah sendiri, macam kedai kopi pulak.

Cik Puan : Asmah tengah buat. Nantilah kejap.

Pegawai   : Tadi saya tengok Asmah bertelefon. Ketawa mengilai-ngilai! Bila teh nak siap? Orang gaji sekarang dah pandai telefon boyfriend, dah tau date. Haiii…

Cik Puan : Nanti saya tengok (masuk)

Pegawai   : (mencari-cari akhbar di bawah meja, merungut): mana pergi surat khabar. Apalah nak jadi, tak ada yang betul. (Memanggil). Asmah…Asmah..

Asmah     : (dari dalam): Ya encik (keluar)

Pegawai   : Mana surat khabar? Tempat ini penuh dengan majalah filem saja. Kau nak jadi bintang filem?

Asmah    : Kalau boleh, nak juga encik (senyum sipu-sipu).

Pegawai  : (menggeleng-geleng kepala): Tak boleh. Kau jadi bintang dapur sudah. Mana surat khabar?

Asmah    : Tadi mak encik yang baca.

Pegawai  : Mana dia?

Asmah    : Dalam bilik mak encik.

Pegawai  : Baca surat khabar dalam bilik tidur? Pemalas. Pergi ambil.

Cik Puan: ( memanggil dari dalam): Asmah…Asmah.

Asmah    : Ya, saya datang.

Cik Puan: (keluar membawa kuih) Bawakan lekas the tu.

Asmah    : Baik mak encik…

Pegawai  : (berpindah duduk): Awak baca surat khabar dalam bilik?

Cik Puan: Apa salahnya. Awak tu, kadang-kadang sampai baca surat khabar dalam bilik air.

Pegawai  : Saya nak baca berita parlimen. Kementerian saya tak habis-habis kena hentam. (Asmah keluar membawa teh).

Cik Puan: Kementerian awak memang selalu kena hentam, tapi apa awak nak gaduhkan sangat, menterilah yang menjawabnya.

Pegawai  : Jawapannya saya yang menyediakan, itulah yang saya nak tahu, disiar atau tidak.

Cik Puan: Awak memang begitu, kerja menteri pun awak nak buat.

Pegawai  : Eh, itu kerja saya. Tentang hal-hal kementerian, pegawai-pegawai mestilah bertanggungjawab. Yang saya naik radang itu, masing-masing nak hentam orang lain saja. Pandai cakap saja…

Cik Puan: Ah, memang itu kerja wakil rakyat. Parlimen kan tempat untuk bercakap. Kalau membisu saja buat apa duduk di Parlimen.

Pegawai  : Ah, kalau bercakap asal bercakap saja buat apa! Bercakap fasal “hantu” fasal tubuh perempuan…

Cik Puan: Awak dah penat. Marah. Nanti naik lagi penyakit awak itu.

Pegawai  : Ha, itu saya kata nak baca surat khabar dulu…

(Cik Puan masuk dan keluar membawa surat khabar).

Cik Puan: Surat khabar sekarang ini kalau tak membesarkan berita rogol, khalwat, gambar-gambar telanjang, tak sah, bukan surat khabar.

Pegawai  : Eh, awak pun dah pandai marahkan surat khabar.

Cik Puan: Yalah, macam tak ada berita lain yang nak dibesar-besarkan…tak ada gambar lain…

Pegawai  : Dunia kita dah begini, surat khabar pun begitulah…(mula membaca akhbar).

(Cik Puan masuk). (Drama-drama pilihan, hlm.198-200)


Jelaslah dalam drama ini Usman Awang memaparkan pelbagai komen tentang masyarakat sezaman, iaitu zaman setelah Negara mencapai kemerdekaan. Kisah pegawai kerajaan terpaksa menghadapi berbagai-bagai masalah daripada masalah pemandunya,masalah anak-anak hingga masalah kerja di pejabat. Semua dipaparkan dengan menggunakan dialog yang padat dengan bahasa yang ringkas dan ayat yang pendek.

ESEI/ KRITIKAN

ü Tema dan Tugas Sastera Melayu Moden (bersama A.Samad Said), Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad, 1963, 199 hlm.

ü Asas Kebudayaan Kebangsaan (antologi bersama), Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, 1973, 548 hlm.

ü Panduan Menulis Cerpen (bersama Abu Bakar Hamid), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1973, 49 hlm.

ü Esei Sastera ASAS 50 (antologi bersama), Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, 216 hlm.

ü Usman Awang: Sikap dan Pemikiran (disusun oleh Dinsman dan Sutung Umar Rs), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1983, 225 hlm.

WAWANCARA

Wawancara Sastera (disusun oleh A.M. Thani), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 367 hlm.

SUMBANGAN USMAN AWANG

Tokoh karyawan Usman Awang, namanya tidak hanya sebahagian daripada khazanah keilmuan Melayu. Tetapi ia juga merupakan permata intelektual yang dimiliki oleh masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Dalam sejarah kepengarangannya, Allahyarham berkarya bukan hanya di atas nama kaum Melayu semata-mata tetapi juga merentas sempadan etnik dan sistem kepercayaan. Allahyarham berkarya atas nama kemanusiaan serta kesejagatan.

Persoalan besar yang sentiasa diutarakan oleh Allahyarham ialah, bagaimana pengarang menjadi lidah masyarakat dalam menyuarakan hak, rasa, pandangan dan kepentingan mereka kepada kelompok yang berkuasa. Bagaimanapun, Allahyarham tidak meletakkan ‘perjuangan’ masyarakat bawahan dalam wacana konflik. Sebaliknya, ia disampaikan melalui ketajaman pena dan kehalusan kata. Sebagai pembaca, kita jangan mengharapkan pemikiran Allahyarham diterapkan dalam karya-karya berbau penentangan dan kekerasan. Sebaliknya, keadilan dituntut melalui kejernihan akal rasional.

Sesekali apabila membaca karya-karya Allahyarham sama ada genre puisi, novel mahupun drama pentas, ia akan mengingatkan kita pada Justice is Conflict, karya Stuart Hampshire. Dalam erti kata lain, sama seperti Hampshire, Usman berpandangan bahawa kejernihan akal rasional dalam memperjuangkan keadilan adalah cara terbaik untuk mencapai matlamat. Oleh itu, karya-karya Allahyarham setia mendukung semangat persahabatan sebagaimana jiwa kemelayuan itu sendiri. Melayu menikam tanpa menumpahkan darah, Melayu menikam dalam kelembutan kata-kata dan kepetahan bermain bahasa.

Allahyarham merupakan permata intelektual Melayu yang lahir atas semangat kesedaran untuk memperjuangkan masa depan dan jati diri bangsanya. Kata-kata dalam puisinya adalah lambang Melayu sejati yang cinta akan akarnya. Keterpesonaannya tertancap kukuh pada alam yang melahir, membesar dan mendewasakannya. Jiwa puisinya adalah jiwa Melayu tulen. Cintanya tidak mengenal batas. Daripada nelayan dan buruh kasar, sehinggalah Melayu yang menduduki kepimpinan tertinggi, dia menegur menerusi kata-kata lembut dan menusuk.

Membaca karya Allahyarham, terutama puisi-puisinya, tidak menyebabkan kita berasa marah atau terhina dengan tegurannya itu. Malahan seharusnya kita perlu berterima kasih kerana Allahyarham memberikan kita rasa untuk berfikir bahawa kita harus menjadi Melayu yang kenal peribadi sendiri. Oleh hal yang demikian, karya-karya Allahyarham akan tetap subur sebagai khazanah bangsa yang begitu berharga. Sememangnya Allahyarham adalah sebutir permata di dalam kesusasteraan tanah air yang sukar dicari ganti. Hari ini, setelah enam tahun pemergiannya, perjuangan dan idealismenya dalam memartabatkan bahasa, kesusasteraan dan kemanusiaan sentiasa hidup dan mekar mewangi.

PANDANGAN TERHADAP USMAN AWANG

Pensyarah Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Mohamad Mokhtar Abu Hassan berkata, ‘kekuatan’ utama Allahyarham ialah unsur kritikan sosial dalam karya-karyanya. Allahyarham dalam beberapa karyanya melontarkan kritikan terhadap kepincangan-kepincangan dalam birokrasi serta terhadap segelintir pemimpin yang tidak jujur. Namun, teguran tersebut dilontarkan dalam kerangka pemikiran Melayu yang sentiasa berlapik dan bersopan. Kehalusan kata sentiasa menjadi keutamaan kepada Allahyarham. Semangat untuk membela nasib orang Melayu dalam karya-karya Allahyarham cukup kuat. Karyanya ditulis dalam bahasa yang mudah tetapi memadai untuk menyedarkan semua pihak. Inilah kelebihan yang ada pada beliau. Dengan bahasa yang mudah, ringkas tetapi padat, karya-karyanya mampu menegur banyak pihak secara halus serta berlapik.

Mohamad Mokhtar juga berpendapat, karya-karya Usman membuktikan Allahyarham berfikiran jauh dalam melihat pelbagai isu khususnya berkaitan dengan masa depan orang Melayu. Kebanyakan isu yang diutarakan tidak hanya menggambarkan situasi semasa. Sebaliknya , karya beliau turut memaparkan idealisme untuk memajukan orang Melayu pada masa depan. Pandangan-pandangan seperti ini tidak banyak ditemukan dalam penulis-penulis Melayu yang sezaman dengan Allahyarham. Apa yang diutarakan adalah isu semalam, hari ini dan masa depan. Isu begini merupakan kekuatan utama dalam karya-karya Allahyarham. Hal ini membuktikan Usman seorang pengarang yang berpandangan luas meskipun tidak mempunyai pendidikan tinggi.

Pandangan-pandangan  Mohamad Mokhtar sebenarnya hanyalah contoh kecil daripada segudang jasa Allahyarham dalam memartabatkan bahasa, sastera dan masa depan orang Melayu sendiri. Bagaimanapun, berapa ramai barangkali antara penyanjung, peminat Usman yang terus mengingati makna sebenar 29 November dalam erti kata `pergi sebutir permata keilmuan Melayu?’. Usman tidak hanya sekadar pengkarya besar yang pernah dilahirkan oleh sebuah negara bernama Malaysia tetapi juga seorang pemikir agung yang merentasi zamannya.

Ketika meletus peristiwa permogokan Utusan Melayu pada Oktober 1961, Allahyarham dan teman-teman seperjuangan menunjukkan harga diri yang tinggi demi masa depan bahasa dan orang Melayu. Di Angkatan Sasterawan 50 (Asas 50), suara Allahyarham begitu lantang memperjuangkan maruah bahasa Melayu. Begitu juga ketika Peristiwa Keranda 152. Peranannya telah membangkitkan kesedaran kepada banyak pihak supaya tidak memperlekehkan bahasa kebangsaan itu. Ketika kampus universiti di negara ini bergolak, Allahyarham turut meletakkan dirinya dalam peristiwa berkenaan. Beliau menunjukkan keprihatinan sebagai seorang manusia yang hidup dan sedar kepada persekitarannya.

Kesimpulan ringkas, pengkaryaan dan perjuangan Allahyarham sentiasa dekat dengan dunia nyata, dan di mana perlu menyatakan pendirian melalui tulisan yang beralas tetapi tetap berkesan. Kini sudah beberapa tahun Allahyarham meninggalkan kita. Namun, ketajaman pena dan kehalusan bahasa beliau tidak pernah mengikuti jasadnya. Ia terus subur, sesubur jasanya yang ditabur demi kelangsungan bangsa Melayu dan negara Malaysia.

Usman Awang Dalam Kenangan

GAMBAR FOTO 1 Zaman remaja yang telah lama ditinggalkan, hanya mampu mengembalikan nostalgia

GAMBAR FOTO 1 Zaman remaja yang telah lama ditinggalkan, hanya mampu mengembalikan nostalgia.

GAMBAR FOTO 2 Di hadapan Balai Polis Kaba, Melaka

GAMBAR FOTO 2 Di hadapan Balai Polis Kaba, Melaka

GAMBAR FOTO 3 Segak bergaya dalam pakaian Melayu

GAMBAR FOTO 3 Segak bergaya dalam pakaian Melayu

GAMBAR FOTO 4 Mendapat gelaran Pejuang Sastera daripada Tun Hussein Onn, Perdana Menteri ke-3 pada tahun 1975

GAMBAR FOTO 4 Mendapat gelaran Pejuang Sastera daripada Tun Hussein Onn, Perdana Menteri ke-3 pada tahun 1975.

GAMBAR FOTO 5 Menerima Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan Melayu dari Pro-Canselor Universiti Malaya

GAMBAR FOTO 5 Menerima Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan Melayu dari Pro-Canselor Universiti Malaya.

GAMBAR FOTO 6 Di hadapan kedimannya di Singapura ketika bekerja dengan Utusan Melayu

GAMBAR FOTO 6 Di hadapan kedimannya di Singapura ketika bekerja dengan Utusan Melayu.

GAMBAR FOTO 7 Bersama seorang teman ketika bertugas sebagai anggota polis

GAMBAR FOTO 7 Bersama seorang teman ketika bertugas sebagai anggota polis.

GAMBAR FOTO 8 Bersama dengan pemimpin PLO, saudara Yassir Arafat ketika pemimpin itu pertama kali melawat Malaysia pada taun 1985

GAMBAR FOTO 8 Bersama dengan pemimpin PLO, saudara Yassir Arafat ketika pemimpin itu pertama kali melawat Malaysia pada taun 1985.

GAMBAR FOTO 9 Perarakan menentang Akta Bahasa 152

GAMBAR FOTO 9 Perarakan menentang Akta Bahasa 152.

GAMBAR FOTO 10 Sedang melontarkan pandangan dan pendapat tentang dunia penyair pada Hari Puisi yang ke-5 di Kem Kijang, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1976.

GAMBAR FOTO 10 Sedang melontarkan pandangan dan pendapat tentang dunia penyair pada Hari Puisi yang ke-5 di Kem Kijang, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1976.

GAMBAR FOTO 11 Menyampaikan ceramah pada Malam Penulis Berbilang Kaum, November 1989

GAMBAR FOTO 11 Menyampaikan ceramah pada Malam Penulis Berbilang Kaum, November 1989.

GAMBAR FOTO 12 Kepenyairannya terserlah dalam pakaian seragam polis yang menuntut keteguhan

GAMBAR FOTO 12 Kepenyairannya terserlah dalam pakaian seragam polis yang menuntut keteguhan.

GAMBAR FOTO 13 Menyampaikan Pidato Penerimaan Anugerah Sasterawan Negara di Bangunan Parlimen pada tahun 1983

GAMBAR FOTO 13 Menyampaikan Pidato Penerimaan Anugerah Sasterawan Negara di Bangunan Parlimen pada tahun 1983.

GAMBAR FOTO 14 Terharu mendengar sesuatu yang diperkatakan tentang dirinya

GAMBAR FOTO 14 Terharu mendengar sesuatu yang diperkatakan tentang dirinya.

GAMBAR FOTO 15 Bersama-sama Tan Sri Kadir Shamsudin , Datuk Hassan Ahmad, dan Tan Sri Ismail Hussien dalam satu forum sastera

GAMBAR FOTO 15 Bersama-sama Tan Sri Kadir Shamsudin , Datuk Hassan Ahmad, dan Tan Sri Ismail Hussien dalam satu forum sastera.

GAMBAR FOTO 16 Membaca sajak dedikasi kepada Pungguk bersama-sama Maarof Saad, AGI, Zaihasra, Kemala, Latif Mohidin dan Yassin Salleh pada Hari Puisi Pertama, Julai 1871

GAMBAR FOTO 16 Membaca sajak dedikasi kepada Pungguk bersama-sama Maarof Saad, AGI, Zaihasra, Kemala, Latif Mohidin dan Yassin Salleh pada Hari Puisi Pertama, Julai 1871.

GAMBAR FOTO 17 Bersama Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan dua orang Sasterawan Negara -Keris Mas dan A.Samad Said selepas pelancaran dua buah bukunya - Drama-drama Pilihan Usman Awang, dan Puisi-puisi pilihan Usman Awang

GAMBAR FOTO 17 Bersama Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan dua orang Sasterawan Negara -Keris Mas dan A.Samad Said selepas pelancaran dua buah bukunya - Drama-drama Pilihan Usman Awang, dan Puisi-puisi pilihan Usman Awang.

GAMBAR FOTO 18 Kenangan lalu bersama ayah, ibu dan keluarga di Mersing.

GAMBAR FOTO 18 Kenangan lalu bersama ayah, ibu dan keluarga di Mersing.

 

GAMBAR FOTO 19 Menerima S.E.A. Write Award di Bangkok pada tahun 1982.

GAMBAR FOTO 19 Menerima S.E.A. Write Award di Bangkok pada tahun 1982.

GAMBAR FOTO 20 Mais terus berkarya dan aktif dalam kegiatan sastera setelah bersara daripada Dewan Bahasa dan Pustaka.

GAMBAR FOTO 20 Mais terus berkarya dan aktif dalam kegiatan sastera setelah bersara daripada Dewan Bahasa dan Pustaka.

GAMBAR FOTO 21 Segak berpakaian baju Melayu dan bersamping songket.

GAMBAR FOTO 21 Segak berpakaian baju Melayu dan bersamping songket.

GAMBAR FOTO 22 Usman Awang terkenal sebagai pembaca puisi dengan suara yang lunak dan gaya yang lembut.

GAMBAR FOTO 22 Usman Awang terkenal sebagai pembaca puisi dengan suara yang lunak dan gaya yang lembut.

GAMBAR FOTO 23 Menerima Anugerah Sasterawan Negara (Sasterawan Negara ke-3) daripada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada tahun 1983

GAMBAR FOTO 23 Menerima Anugerah Sasterawan Negara (Sasterawan Negara ke-3) daripada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada tahun 1983.

GAMBAR FOTO 24 Bersama keluarga dan teman-teman dalam upacara Anugerah Sastera Negara di Bangunan Parlimen pada tahun 1983.

GAMBAR FOTO 24 Bersama keluarga dan teman-teman dalam upacara Anugerah Sastera Negara di Bangunan Parlimen pada tahun 1983.

GAMBAR FOTO 25 Diraikan oleh teman-teman, Rahim Razali, Krishen Jit, Dato' Shamsudin Musa, sewaktu menerima Anugerah Sastera Negara pada tahun 1983

GAMBAR FOTO 25 Diraikan oleh teman-teman, Rahim Razali, Krishen Jit, Dato' Shamsudin Musa, sewaktu menerima Anugerah Sastera Negara pada tahun 1983.

GAMBAR FOTO 26 Bersama Asyraf, Keris Mas, dan Masuri SN dalam Upacara Anugerah Sastera Negara pada tahun 1983

GAMBAR FOTO 26 Bersama Asyraf, Keris Mas, dan Masuri SN dalam Upacara Anugerah Sastera Negara pada tahun 1983.

GAMBAR FOTO 27 Membaca puisi di hadapan penuntut Malaysia di luar negara.

GAMBAR FOTO 27 Membaca puisi di hadapan penuntut Malaysia di luar negara.

Tag Cloud

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.